Wednesday, 17 July 2013

rupanya Itu Ramadhan tErakhir !

Assalamualaikum .

Bismilahirrahmanirrahim .

J Senyum itu sedekah .walau sesedih mana kita , jangan terlampau dibawa emosi . 



hmm . betullah kan kalau Allah nak tarik nyawa seseorang tu tak kira bila , siapa dia , siapa mak ayah dia , baikkah dia , jahatkah dia , amalannya cukupkah , izrail akan tetap datang kerana itulah kehendak Allah bahawasanya dia memang harus pergi .SubhanaAllah , betapa aku rasa kematian tu hamper Giler .

Seorang demi seorang orang yang rapat denganku kembali menemui ilahi .betapa muda usianya , betapa kali terakhir itu aku still Nampak dia sihat walafiat .takde tanda tanda bahawa dia akan pergi .tapi itu beberapa bulan yang lalu . dah lama aku tak menemui arwah .dan kenyataannya aku tak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir .Sedih dol!



Tetiba aku terfikir , bagaimana anaknya yang masih tidak mengerti erti kepergian .Along baru sahaja berusia 10 tahun , amirul, ank kedua arwah masih di darjah 2 dan yang bongsu baru berusia sekitar 3 tahun .masih kecik lagi .bagaimana dengan isterinya ?Mana mereka hendak bergantung harap selepas ini.Cuma arwah yang bekerja sebelumnya .Cuma arwah yang menjadi punca pendapatan mereka .

Sekarang arwah sudah pergi . Jauh dari mereka . Dah tak mampu untuk membantu mereka secara zahir .Cuma doa yang mampu dikirimkan untuk mereka memulakan hidup barutanpa arwah . Teringat dulu , sebelum arwah berkahwin , arwah rapat sekali denganku .Setiap kali bertemu pasti ada sahaja buah tangan dan cenderahati untuk aku . Arwah baik , tak pernah sekali dia meninggikan suara pada ibunya . tak pernah sekali dia melepaskan tekanan nya pada orang lain . Jauh sekali melihat dia sedih . meski dia ditimpa masalah . dia masih mampu menghadiahkan senyuman kepada orang lain .




Dan rupanya Ramadhan itu Ramadhannya yang terakhir .Semoga beliau ditempatkan bersama orang orang yang soleh . AL – FATIHAH ….

#setiap yang hidup pasti akan menemui mati . tingkatkan amalan semoga mati kita dalam keadaan baik dan beriman !








Tuesday, 23 April 2013

A gift!

Bismillah…

. curious an tajuknya . pasal ape xtau . ape yang gift nya nie? Haha . oops! Entah . korang baca then korang faham lah kot . tp klau ase meluat an , err . shut down je la laptop tu ea ! pegi buat keje lagi berfaedah dari duk baca cerita merapik aku ni . huhu .

Hari ni , 22 April 2013 , hari senin oke , kitorang dah masuk kelas balik tuk study week , mak ai cepat an dh nak final , rasa macam baru je pakai biru ,dah nak merah . haha . ha , pelik la tu ape yang biru ape yang merah . hah! Tak reti aku nak cakap . buat paham saja lah . ngeh2 ~

Hari ni dia nak datang sini , lebih tepat tengaharini lah . nak amik laptop si iqa ni . tapi oleh sebab hal yang tak dapat nak dielakkan . terpaksa lah postpone dulu . huhu . oke , jangan Tanya aku ape yang tak dapat dielakkan sangat tu . Tanya iqa . haha . tapi yang pastinya dia memang datang . ingart nak hantar laptop , rupanya dia datang sehelai sepinggang je . haha . chopp! Jgn bayang mcm2 eh! Korang ni bukan boleh percaya sangat :P

Haish! Bersalah , seriously memang aku rasa bersalah . kenapa la aku tak mesej awal2 tadi iqa tak jadi hantar , aduyai! Ee ee! Senget btul ko ni kn . grrr . marah diri sendiri . tak delaa menyusahkan dia nak datang kat sini . hmm . tak tahu nak cakap apa dah . huhu . aku memang tak denye nak sory mory depan2 macam tu . huhu . jatuhla kebrutalan aku! Malu beb! Haha . tapi yang bersalah ni , memang aku cakap jujurlaa . hee . kat korang je tau . ini rahsia kita2 je .

Kitorang meet tak lama pun . sebab dalam uniform . nk mampus kalo clinical instructor tau lecturer Nampak , mau kna terminate . haha . baru je langkah beberapa kali tetiba rasa cam ada orang panggil kat belakang . amende lak dia ni .

Dia : nah , semalam cakap nak sangat an .

Aku pandang kat tangan dia . waaaa , secret recipe kot! Hehe . adakah chocolate indulgence ?
Serius! Smlm mmg teragak giler nak makan indulgence . pegi pegi tesco , tak de . kecewa kot . L 

indulgence , my love !


serius! Tak terkata! Jarang dye nak bagi sesuatu . haha! Chopp . bukan nak cakap awak kedekut ek . tapi kena faham situasi awak tu . ya Allah , seriously , terharu giler tadi . nasib baik tak nangis tau , klo tak , dh jd drama kat situ . haha . ape daa . cut! Aku takkan buat cenggitu , jgn nk bayang aku duk terisak2 menangis . and nasib baik lah ! aku tak cepat blushing . haha . takkan penah jadi kot . tak macam dia ha! Eei , maluu . blushing sajee . hik3 .



:)

Balik balik . wee . indulgence . nak makan saying . macam nak simpan je . haha . giler x aku . balik petang bru makan sesame ngan aireena ngan si iqa . huhu . best lebih lak rasa dia . haha . melampau hiperbola ni . nak kata orang bagi , rasa best la ek . huhu . pepatah pepatah .

habis suda !

bye bye secret !


Awak awak , terima kasih tau . betul , memang tergamam tadi . tak sangka . tak jangka langsung awak pergi beli . huhu  . awak buat saya terharu :’) tak tahu nak cakap ape wak . yang penting , sy akan sentiasa hargai setiap yang awak buat tau .

#erk , ayat sentap! Bila aku pandai menjiwai ni ??? errr

salam sayang ~

Sunday, 31 March 2013

dance to Fly ~

31 Mar. 13         
  
Assalamualaikum w.b.t

Tak tahu nak tulis menda ni , tapi basela kalo dah start tangan ni menari kat atas keyboard ni habisla . Semua aku gasak je tulis . huhu . Sementara si budak iqa nie menari nari fitness dance ni . padahal malam ni aku nak masuk sekali . tapi , tetiba kemalasan melanda . haha . dah datang lambat , nak gila tahan muka nak masuk barisan . malu . huh!

Lebih baik la aku duduk je kat tepi ni tonton diorang ni . huhu . Semalam dah buat gangnam style dance an . punyala gampang korang buat . tapi tapi , serius aku suka part korang hentak kaki laju laju . rasa cam kaki aku yang duduk mencenceng kat tepi ni yang nak laju laju jugak . mencenceng ? ape tu? Aku pun tak tau . oke, jangan tanya .

Entah hapa la yang diorang buat malam ni . macam macam shape dah . bulat bulat ada , v shape ada , yang satu lagi . ape tah . tak Nampak lak lindung pokok bunga baru pengarah ni . dah layu dah , bila tah nak siram . hui! Memang ganyang habis . terkejut cik pengarah . ha kau ! macam nyah pulak . alah gedik .

Lah! Belajar formasi masuk rupanya . huhu . berkejar kejar lari disebabkan nak mengejar lagu gangnam style tu . kalut ! tapi memang terbaik lah . harap kat padang nanti lagi boom! Oke guys! Oke jangan tanya k ape kerja aku kat tepi ni . penonton setia je . my koir belum start lagi . chill k ;-) nanti dah start , sibuk la sikit . huu .

Tengah syok melihat dancer dancer menari . ceh , tak nak kalah . Masuk kereta wira warna biru ke perkarangan kolej . Aik? Sister Tairah? Mesti nak buat spotcheck la ni . aduyai , sapa lak Fly? Ish3 . Sister Tairah turun dari kereta . Bersalaman dengan kak Jun , Pengajar tarian . apa entah yang dibualkan . Aku tengok je dari jauh . Bersedia nak kena panggil nama . hah! Memang tu lah routine kalo Nampak kereta wira biru tu kat sini memalam ;-)

“oke, saya nak semua kumpul ikut blok .. anggerik .. cempaka.. pangsapuri..sekarang eh”

See? I told u . memang dah paham sangat . on sudden , tiey dtg . mintak telefon dia yang aku pegang tu and bagitau yang something getting wrong right now! Geeze.. how could..

Semua kena panggil ikut aras masing masing . Aras 1 anggerik , aras 2 anggerik , aras 3 anggerik and bla blaa… err, penat aku nak menaip semua aras yang ada . banyak dol! Sampai turn aku , ha tau tau la aku kat mana an.. cuak.. tipu ar tak wei.. tetiba lak fila fatin tu sister tairah cam , mak ai jadi kes lak aku g menyamar . kesinambungan kes pertama ;-) oke, yang tu memang private .. no talking talking , no tweeting tweeting .. aku dan mereka je tau ..

Fiuh! Sister tak cam . nasib baik . tiba turn pangsapuri . haa, lagi best .. fila datang..

“cb, cb la tunjuk muka kat pangsapuri tu , sebab sister tairah cam org..”

Erk! Ea? Tadi aku pegi tadi . waduh! Nasib baik dia laju jerk . kalau tak dah kena pancung aku tadi .takut wei . kau ingat senang senang nak bayar duit rm 110 000 tu ? peh! tak tahu la apa mak ngan ayah aku akan  buat kat aku . buang daerah kot . err , mintak jauh la .

“okay okay , tak pe . biar org pegi J”

Ceh, bajet rilek . padahal dalam hati ni dah macam kena langgar dengan puting beliung . apa nak buat? Apa nak buat? Ha, tau tau . hehe . otak jahat dah datang . eh eh , tak da la jahat . nakai org kedah kata . Tukar la apa yang patut .

“ha, sape lagi nak sign ?” Sister Tairah Tanya . aku pun menonong dengan yakinnya kat luaran , hati .. oke, jangan tegur ! nak meletop dah ni .

“saya.. saya.. ha yang nih..” Sister tairah tengok muka aku , ditenungnya . Aduh! Ape lak yang dia scan ni . muka aku ni bukan main cun , jerawat pun takda . poyo siot! Wei, tengok cermin la . gedik . oke end! Abih 5 saat dye tatap muka aku , ditandanya di bahagian tepi . fuh! Lega tak dak soal siasat apa .

Lepas tu . Start balik KLIMAKS ni!

Entry utama KANTOI! Peh , mang terbaik la . Seorang yang disuspek sekali dapat 3 rupanya yang fly .

Semester 4 ! 2 orang yang Fly oke! 2 orang ! Memang cipta rekod  lah semester 4 . Agak agak Puan Aisyah nak cakap apa?

“terima kasih kerana menelanjangkan saya buat kali kedua..”

Dahla aku ni nak hadap dia sebulan dua minggu kat komuniti ni . apa citer? Haish . SErram nih . HArapla yang terbaik selalu bersama kami . Disebabkan dua orang sem 4 tak dijumpai , kami disekat dari balik ke bilik . Tu belum kira kacau masa dance lagi , yang puan Jun tercegat kat situ macam tunggul . Peh! memang aku jadi dia , terasa sampai ke limpa ! Puan rohani di kol !

“tak pa tak pa , kalau korang mengaku , saya boleh kautim lagi ngan korang…”

Kautim menda kalau kau dah kol Puan tu , dah tak da kautim dah . hancuss! Tunggu je la puan sampai then mula la satu lagi adegan .

Aku tengok kiri dan kanan . Semua menonjolkan muka tak puas hati . yela, asik nak cakap sikit dah kena potong . agakla sakit hati kan . pendapat kena reject hidup hidupan . ayat ni pelik . entah dari benua mana tah datangnya .abaikan ! macam macam suara kedengaran , macam macam andaian . Entahla , malas nak masuk campur . benda dah jadi pun . nape jadik malam ni . Cubaan! Aku lagi la tak tau .

Bukan kemain lama tunggu kat bawah before Puan rohani benarkan kami naik . Penat dol! Mata aku ni dah jammed teruk dah . Fiuh , lega . Harapla benda ni selesai cara baik . Amin !

# To puan Jun , Kitorang mintak maaf so sorry sebab ganggu masa latihan malam ni . Betul betul tak jangka .hm . Benda dah pun jadi . yang penting setiap benda tu ada hikmah nya . Mungkin apa yang diorang piker betul tak betul pada kita . Apa yang kita piker betul untuk kita tak baik untuk dia . adat..

Monday, 18 March 2013

Sabarla duhai HAti !

Waktu masuk ward pada aku merupakan waktu yang paling memerlukan kesabaran dalam menghadapi macam macam lah ! bukan sabar tuk pesakit , doctor , ngan staff nurse wad je , kdg2 dgn rakan satu kumpulan pun kena banyak banyak sabar . memang aku akui lah , amat amat kena sabar , dahla xberapa redha kena keja pagi hari ni ( ;-) ) kena plak dapat muka .. perghh ! mcm muka mintak penampar . tau ark! Dh knpa nk buat muka mcm tu . Dengan tak kata sepatah ! tahu  blahhh mcm tu je . ko ingat ko sorang je kea da perasaan ha?!


Dengan Mohd Taufik ni sorang . grrr . geram betul aku . dah la tak reti nak duduk diam . duk berhai hai pulak . aish . aku bg gk kaki sat g . kali pertama mmg ak blahh gitu r , buat xdgr jerk . kali kedua takut org ckp sombong lak ! aku cuba jwb gk aw . Selagi Mampu! Esh . Encik SAFAR dah takde, ada lak penggantinya , aduh! Apa la hikmah nya ni . 

Hari ini hari pertama baru aw! Ada entah berapa lama lagi aku nak kena hadap muka ko! Tolong jangan buat aku meluat pulak . Tolong cover sikit perasaan tu . pernah ke kalau aku mintak tolong pape , ko ada keje dan ko sedang bantu org tgh buat keje aku buat muka ? paling tak pun aku blahh je .buat sendiri ! aku cuba senyum gak walau aku bengang tahap cipan! Kalau sekalipun ko bengang dengan orang lain sekalipun . tolonglaa . tolong! Jangan terbawak bawak bengang ko tu , orang lain pulak yang jadi mangsa ! Orang lain pulak yang sakit hati !


bengang takkk habis g , aish aish. sabarlah duhai hati !

Monday, 11 March 2013

Dia yang kedua :3

Rasa macam tiada apa apa yang bermain di pikiran kala ini . tetapi entah mengapa jari jariku begitu laju menaip huruf demi huruf , perkataan demi perkataan , ayat demi ayat yang tidak pasti . Apa yang sedang ingin kau taipkan duhai jari ? hmm . Rehat tadi , sewaktu sedang leka makan tengahari di stage kecil bersebelahan dining , sedang tenang bergelak ketawa bersama mereka , mata ini tak semena mata ini terpandang meja batu berhadapan diduduki oleh sekumpulan Senior semester 6 . Red peeps!

Dari ketawa aku terus diam , memandang tanpa kelipan lalu tunduk ke bawah . Pantas . Mana kekuatan yang aku ada . Mengapa hati ini berasa hiba apa bila memandang dia? Mengapa tidak mampu untuk aku senyum padanya? Mengapa dia tidak pernah memandangku setiap kali berselisih denganku? Adakah ia Cuma perasaan kosong yang tiada erti ? Tapi takdir itu selalu menunjukkan kebenaran . Masih aku ingat tika mereka habis membuat Presentasi KIK sewaktu hari KOKO , salah seorang dari mereka memintaku untuk mengambil gambar mereka . Aku tergamam seketika . menormalkan kembali perasaan . aku tahu dia ada antara mereka . Be NORMAL cB !

Aku berlagak biasa . Cuba tersenyum tanpa memperlihatkan ianya terlalu berat untukku . Menampakkan keikhlasan meski hakikatnya aku tak mampu .

*********************************************************************************

Aku memerhatikannya lagi . Melihat dia bergelak ketawa . adakah aku gembira untuknya? Gembira melihat dia ketawa ? padahal aku tidak tahu waktu dia sendiri apa yang dia rasa . adakah hatinya seperti gembiranya saat dia ketawa ?


“dia terlalu baik untuk merasai semua ni…”

“sebab dia baik, sebab tu Allah bagi dia cubaan ni, sebab Allah tahu dia mampu hadapi , dia mampu tangani semua ni..”

“kenapa dia yg dipilih? Kenapa tak pilih aku?kenapa aku yang harus rasa jadi macam PERAMPAS kebahagaiaan orang.. :’(”

“sebab Allah tahu kau mampu kalau kau ada kat tempat dia , Sebab tu allah bagi yang lebih berat untuk kau hadapi, sbb kau mampu! Sbb  belum tentu dia sanggup digelar macam tu, belum tentu dia boleh tangani semua tu..mungkin belum masa, mungkin tak pernah ada dalam perancangan Allah untuk jadikan orang sebaik dia jadi perampas..”

“so, aku ni jahat la ? sebab tu rela je digelar PERAMPAS kn??..sejahat jahat aku , tula title yang paling  kejam penah ada kat aku  tau, cukup sekali aku pernah digelar Perampas! Sampai hubungan baik aku dengan sahabat baik aku,sahabat BAIk aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah , sampai TINGKATAN 5 , putus macam tu je sebab ni lah! Putus sebab digelar PERAMPAS ! Tuhan je yang tahu perasaan masa tu . Sampai aku dah tak tahu macamana lagi untuk kembali kepada takat dulu . Kalau la semua ni tak hadir dalam hidup aku tika tika perkara macam ni nak berlaku .

*********************************************************************************

Segannya nak pandang dia.. Adakah macam tu jugak perasaan dia bila lihat aku . Malu nya pada dia . kadang kadang malu pada diri sendiri . Kenapa? Kenapa? Kenapa? Arghhh!!  Tak suka dollll situasi macam ni . bila nengok dia mesti sedih sangat,kadang kadang air mata pun menitis sendiri ..hmmm ~

Sunday, 3 March 2013

Here We Come :)

Dari Melaka kami turun terus ke lumut , Perak semata mata untuk ke Pulau pangkor , dan lagi gila! Balik hari kot . Wah wah . korang ni memang xde keje ea nk buat . huhu . tu masalah kami . kami suka buat hal yang macam err.. ape korang buat ni? Haha . payah payah .

menunggu bas ke lumut :)
Maaf ea Nadia Shahrom . Anda terpaksa menjadi pemandu pelancong kami . Hui hui . dan umah mike pun dh macam homestay dah dibuatnya . huk3 . sampai perak ckp perak la pulak . huihui . besar umah mike . first time masuk memang tak reti nak keluar.. aik? Mana dapurnya . banyak sgt pintu . huhu .

Berdikari sesangat . Pegi Jeti teluk Batik dihantar sendiri oleh Nadia shahrom pulak tu . (untungla awk ada kereta sendiri . J ) Tiket dari jeti Teluk Batik ke Jeti Pulau Pangkor adalah sebanyak Rm5 untuk pergi dan Rm5 untuk balik . So , total up adalah sebanyak Rm10 . oke, sambil bercerita nih, jangan lupa bukak buku kira kira anda yea . ;-)

Jeti Teluk Batik ~

sempat lagi tuh posing kt feri :P

Okay , sekarang kita dah sampai di jeti Pulau Pangkor . hooray! Dah sampai pangkor kita . wooooow!! Eh, pandangan dialih ke kiri dan ke kanan . Aish, ase macam pergi LAngkawi pulak . erm , macam tak percaya je , naik feri , pergi pulau tanpa pengawasan org tua?? Alamak ! baru sedau , rupanya diri ni dah tua . huhu . dah range dewasa dah oke .

Tujuannya satu je . mandi di pantai Teluk Nipah . aduh , tak sabarnya . kami dapatkan sebuah van untuk ke sana . memandangkan Cuma bertiga , caj yang dikenakan adalah sebanyak Rm15 = 3 orang . jadinya , seorang adalah sebanyak rm5 .tulis tulis ! jangan lupa .

Arrival! Hip hip hooray .. kami sekarang berada di pantai Teluk Nipah yang sungguh indah , bersih , tenang , dann …. Eh , afiqahghani ckp puji 3 kali je .. :p Jalan jalan tanpa arah tuju . Kita nak kemana ni sebenarnya ?? “adik , jom pusing pusing pulau , sekali dengan snorkeling abg bagi Rm10 je ..” eh , mcm murah .. ape lagi , jom lah kita snorkeling ;-)



Oke kos seterusnya adalah sebanyak Rm10 termasuk dengan snorkeling . Rm10! Ingat! Sebelum tiba ke tempat yang dituju . kami dibawa melihat pulau pulau yang terdapat di kawasan tersebut . Monkey bay , Mentarung .. err, ada sape sape tau x mentarung tu ape?? Huhu . kami juga dibawa melihat batu batu yang menyerupai kepala paus , kepala buaya , penyu dan kami tiba di tempat snorkeling .

lihat sendiri, xnmpk xdak jodoh :p
Alamak! Macam mana nak gunakan spek snorkeling ni ?? euw , xreti la nk nafas pakai mulut . hadoi! Bia diorang pegi bersnorkelling dulu . “jomlah e..ikan cantik cantik..” hish iqa ni , kan ckp xreti , alahai .. err, try lah .. cuba memasukkan tiub tersebut mulut dan bernafas melaluinya . eh , oke je .. kepala diselam ke air .. wah , serius! Ikan ikan kat sini cantik ;) kecik, besar dan yang paling best bila berikan makanan pada mereka .

Oops! Ckp pasal makanan teringaat budak navy yang menyelam bersama kami tadi .. sabar je lah .. orang nak snorkeling pun tak tenang . dah jauh makin dekat pulak . eh, dah xde ruang dah ke nk berenang ha?! Annoying! Terpaksa naik ke darat sebab tak tahan dengan mereka tuh . huh . Sabar je lah . dahla mulut , memang tak de insurans ! tak pe tak pe, kitaa je tahu sapa kita ~

Hampir dua jam kat situ . hai, tak puas puas ke?? Balik ni burn jugak muka nih . adoi! Terkejut pesakit sat g .huhu .kul 2 balik ke pinggiran pantai . penat nye ya Allah ! kaki ni dah rasa tak ley angkat .dengan terpijak terumbu karang bagai . berdarah darah kaki . non stop lak tu .

eh , Marble pulak ! ape menda la marble ni ?? oh.. rupa rupanya marble ni mcm bana boat gak tapi beza nya ada tempat menyandar . harganya Rm20 seorang . huhu . masuk dalam buku yea ! Yang ni! Memang tak tipu, rugi tak cuba .. marble ni umpama main Roller coaster versi dalam air . haha . rasa macam nak luruh jantung . superb! Rasa ringan sampai perasaan ni nak jatuh dalam air laut dalam tu . hu3 . mintak dua kali lak tu . memang tak puas ! ngee .

Seterusnya , balik la! Udah2 le . teman dah lapo ni . hu3 . beerjalan menuju ke tempat van terserempak lak ngan budak laki 7 orang . agaknya nak balik jugak  kot . sso, apa lagi , kalau ramai ramai kan murah , so setelah berbincang ,kami pulang dengan satu van yang sama . Cara percakapan macam utara . oke , memang orang sini . J 

Tadi van pegi sekarang van balik pulak kosnya adalah sebanyak Rm2 seorang memandangkan kami adalah ramai ;) Alhamdulillah ~ kami terus ke jeti dan pulang ke rumah . Badan dah penat , memang jalan pun dah macam zombie lah kan . huhu .

Selamat Tinggal Pangkor ! see u next time J

:: Pengiraan Kos::
Feri               = Rm 10 (pergi dan balik)
Van               = Rm7 (pergi dan balik)
Snorkelling    = Rm10
Marble          = Rm20
Total up         : RM 47 ~

Apa yang dapat hari ni??

-         -  Duit jalan . haha
-         -  snorkeling .first time beb!
-          - Sabar adalah separuh daripada iman .hehe
-          - Kaki berdarah dan calar sampai nak solat pun seksa .huhu
-          - Muka sunburn teruk .waa, maluuu L

-The End-


Wednesday, 20 February 2013

Perkataan hari ini adalah susah :')

Hati yang  sudah susah difahami . Andai makian itu bisa meluruhkan segala rasa dan diHARUSkan untuk menenangkan hati , pasti dh lme diri ini melakukannya . Subhanallah ! Subhanallah ! Cb , kembali ke takat waras ! Tenang tenang ( sambil menggosok dada ) . KAcau fikiran satu hari . Bulu roma dah berapa kali dah meremang sendiri neh . Sabar sabar . Small matter je cb . ko takyah nk buat macam masalah besar sangat .



"first time dalam situasi tersepit macam ni.." Aduh aduh , kena sepit ketam pun tak tersepit parah macam ni . Berdarah darah . Aduh , platelet cepatlah bertindak pada hati yang luka itu . Bekukan cepat . Nanti hypovolemic shock pulak . Hmm hmm . Why why why and why ? Susah jugak situasi macam ni sebenarnya . Dulu , bukan main nasihatkan orang , sekarang .... AMEKAW! mampu ke nak nasihat diri sendiri macam nasihat orang?? mampu ke nak pujuk hati sendiri macam ko pujuk orang lain?? hmm?? ko tak ley jawab an ? sbb....ko mmg tak mampu !



Gelak sikit cakap mesra pulak . Habis tu memang macam tu . Nak ubah menda lagi . i'm Just being myself ! tu pun salah ke? difficult difficult difficult ! Rasa tercabar ke dapat perempuan gedik ramai kawan lelaki ni??
Susah atau difficult? Advance kan? Anda yang pilih sendiri . Tau? Ni pilihan anda . tau? Kalau rasa ianya menyusahkan . erm . ok ok . Tiada ayat seterusnya . Tapi kalau ianya mengganggu anda , mengganggu fikiran anda , dan ..... rasa hidup sebelum ni lebih baik dari apa yang anda ada sekarang ,maka kembalilah ke takat yang lebih baik .  okep . No more statements .. hmmm ..