Tuesday, 18 December 2012

Analogi dan CINTA HALAL ::


12.12.12 ( POST yang dah bersawang di lappy )
Assalamualaikumm w. b . t ~
Pejam celik pejam celik , kita dah hampir menambah satu lagi angka pada usia kita . 12 Disember 2012 . mesti ramai yang memilih tarikh hari ni untuk berkahwin .Almaklumlah , tarikh cantik . 12.12.12 . Tahun hadapan dah takde dah , 13.13.13 .huhu . walaubagaimanapun , untuk pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga , selamat pengantin baru . ( alamak , dah macam dJ radio pulak ) ngee .
Tetiba hari ni terasa macam pasal hubungan halal dan diredhai plak J . Dah dua hari aku membelek blog USTAZ CINTA setelah berkurun tak membukanya . Huh . Ustaz Cinta ni blog dia memang best , banyak sangat pengisian rohani dan sesuai sangatla dengan jiwa remaja yang mula ingin berjinak jinak dengan cinta dunia dan yang telah terjerumus dalam cinta duniawi ini .
so sweet :)
Err . hmm . Belum lagi kira dengan laman sesawang ILUVISLAM.COM .cerpen nya pun dah cukup membuat minda ku menerewang jauh , mengenangkan segala perbuatan dan kekhilafanku . Bercinta? berCOUPLE? ape yang aku tau, bercinta itu tidak salah selagi tak menyebabkan kita leka dan lalai . bercouple? Memang sah sah la tak ley . berhubungan dengan laki laki tanpa izin wali , tak ke membelakangkan wali kerna laki yang ntah sape2..? 
RIndu? Bila rindu itu tidak disalurkan dengan betul , ia boleh membawa kepada zina hati . dan dengan serta merta anda adalah seorang PENZINA! (pada akula ) Woo! Teruk kan perkataan tu?seram plak aku dengau . aduyai . susah nak menjaga hati kalau tak kuat iman . haa! Nmpk kn kita yg buat islam tu pyh , padahal islam tu mudah je . BILA RINDU, berpUASAlah…hmm, aku suka nasihat USTAZ CINTA pasal ni , kalau rindu sesangat kat dia tu, dekatkan diri dengan Allah, banyakkan berpuasa ,. insyaAllah , hati kita kan lebih tenang .
                        
JANGAN! Jangan layan perasaan tu . ingatkan dia, terbayang bayangkan dia sampai lupa cinta kita sebenarnya untuk siapa?
Kahwin Muda? Fenomena dah sekarang ni . jangan pikir baiknye saja , buruk kne pikir jugak.. err??? Agak2 kahwin dlm usia 23tahun dalam kategori kahwin muda jugak x?? hehehe ..
Bukannya apa . Cuma umi cakap jangan kahwin awal ! hmm .. kompius nie .. err ..huhu ~
Tapi ustazah kat sekolah dulu cakap “..kalau anak ustazah mintak nak kahwin masa dia sedang belajar , ustazah bagi, sebab ustazah rasa sekarang ni kehendak anak anak kalau ianya tak melanggar hukum hakam islam , kena bagi , takut lain pulak jadinya nanti..” hmm , tetapi lain ibu bapa lain cara mereka .. mana yang lebih relevan??
Pada aku, semua bergantung pada kita .tapi, alamak , umi ngan abah ni tak leh nak jangka lah . macamana ek? Ahh .. lupakan ..
Cuma ,  sesapa yang dah nak kahwin tu.. ingat satu je .. PErkahwinan bukan satu jalan keseronokan dan penghujung kasih dan cinta . Banyak lagi dugaan yang harus ditempuh , dan memerlukan banyak pengorbanan .. Ingat , bersedia dari sekarang ..!
"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."
TAMBAHAN!!!
"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."
Wallahu Anta A'lam ..

Saturday, 8 December 2012

Jaga HatiMu untukku ..

25 November 2012 ( Ahad )

KENAPA PEREMPUAN SEBELUM KAWEN LAIN SELEPAS KAWEN LAIN ??

Yup! dia pemalu ! haha . mcm x caye bahawa dia mmg seorang pemalu . hik3 . sepanjang perjalanan Cuma memerhatikan keadaan dan diam . mesti sedang mencari idea kn utk memulakan . hee . aku? Harapkan aku memang tiada suarala yang tercipta . tau kan aku ni macamana, rasa malu tahap 4 la . selangkah demi langkah menghampiri JJ…larat ke dia ni? Kn balik umah sakit kaki pulak jalan jauh . haish ~

      “ erm..awk larat x nk gi jusco? Jauh ni .”

      “boleh..slow jog pun da boleh la..”

Alamak , kesianla pulak nak bawak pegi jusco . hmm . tp macamana nk cakap . aku tak pandai menyusun kata kata . sumpah ! fiqa mendapat kol dari encik KZ . katanya dia berada di KFC Jusco bersama ibunya , fiqa sudah tidak tentu arah . kelihatan tanda tanda keresahan di wajahnya .

      “nak buat ape je kt sini?”

      “bayar bil broadband pastu beli hadiah je..”

Fiqa memimpinku laju ke food court . lapar sgtla tu . pelik la budak sorang nih . padahal tadi bru je mkn KFC kt seremban . Roti menjadi pilihannya untuk santapan petang . Kami menapak ke tingkat 2 , tempat urusan bayaran bil broadband . err? Mataku melilau ke kiri dan ke kanan . mana pulak celcom nie??

      “percaya tak ni first time sy datang jusco?”

Errk!! Macam xcaya jer , padahal Melaka dengan tangkak tak jauh pun . aku memandangnya .

“percaya, tak pe hari ni saya bawak awak melancong lah kat     sini..”

PERCAYA? haha . plastic betul..macamana aku boleh cakap percaya padahal terkejut sesangat tadi . aduyai ~ mulut ni asik keluar yang lain aje . aku tersenyum sendiri . mataku tidak berhenti dari terus memandang ke semua kedai yang ada . tapi takde pn celcom centre?!! Hmm ~

   “awak nk beli hadiah kn?cari la hadiah dulu camtu..”

Aku memandang fiqa sebelum masuk ke kedai barangan HINODE . takde hadiah yang menarik pun .

    “awak..”

Kedengaran suara memanggilku dari belakang . aku mengundurkan langkah dan memandang barang yang ditunjukkannya . Satu plastic yang mengandungi gambar yang belum diwarnakan + water colour .

   “awak beli je la yang ni ..”

Aku memandangnya sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan . amboi! Ada ke suh aku beli mainan kanak kanak tu . Dia ingat aku tengah bercakap tentang nak bagi hadiah birthday budak budak agaknye . awak?ni nak bagi dekat mak budak..tau tak..betulla dia ni..ngek!

Kami duduk di kerusi berhadapan pusat pembayaran broadband . hmm, broadband dah bayar, tinggal hadiah je satu lagi .so , duduk dulu . semput teruk nih .. nak nafas pun rasa tak lepas .fiqa menghulurkan roti kepadanya . aku hanya memerhatikan .

    “eh, buat susah susah je..”

fiqa dan aku saling berpandangan . ketawa terhambur keluar . rasa lucu pulak bila kata kata itu terluah dari mulutnya . hak3 . kelakarla awak nih . ;-)

Kami melangkah keluar sesudah menunaikan solat maghrib di surau bawah . kemana ye? Tesco pula . teringin nak makan big apple pulak . hihi . sepanjang perjalanan, fiqa berada jauh di belakang . haha . fiqa? Apesal jauh sangat beb? Nk bagi ruang utk kami yea?hee . ada2 je kamoo ni yer . J

Ku tinggalkn mereka seketika . mencari sesuatu . tapi takde plak kt situ . hmm L aku melangkah kea rah mereka . ada rasa menyelinap sepi di hati ku . hesh! Kenapa dengan aku ni . argh! E! lupakan . aku berlagak seperti biasa . senyuman ku ukir seikhlas mungkin .

 Tak mungkin mampu ku hapus pergi . tapi tolonglah , diam je kt situ . jangan kelirukan aku . gelak tawa menghiasi Big apple tesco bandaraya Melaka . rasa itu kembali menerpa hati ini . ya Allah! Ape ni..duhai hati, perasaan ini tidak patut muncul lagi..kembalikan aku seperti biasa..pliz!

   “nak naik kat tangga ke?”

Aku mengangguk perlahan .

   “kenapa xnaik ikut sana ..?”

Aku memandang ke sebelah lagi jalan ke jejantas yang sama . aku memandangnya .

   “naik kt sanala, dekat, biasa naik tangga sana..”

   “saya naik sana ea..”

Dia menunjuk kea rah bertentangan . aku terdiam lantas mengangguk perlahan . dia melangkah ke sana sementara aku dan fiqa melangkah kea rah sebelah . takkan nk biar dia naik sorang2 ?aduh! macamana ni? Tiba tiba fiqa menerpa ku .

   “weh! Takkan ko nak biar dia naik sorang2? Pegi ikut ..”

Hmm..aku dah tak tahu nak buat ape..

   “cepatla..dia x naik pun tu..”

Aku serba salah . aduh! Takkan tiba tiba pegi sana . aduh! Tapi takkan nak biar dia sorang.. erghhh!!

Kelihatan dia turun dari jejantas dan melangkah kea rah kami . aku langsung tidak memandang ke belakang lagi . huh . bersalahnyaaaa  . Dia mengikut kami naik melalui tangga.. tangga?? Kaki dia belum sembuh betul2 lagi.. kalau lagi lambat sembuh macamana? 

Macamana ni . aku memerhatikannya . Kelihatan begitu susah untuk dia menapak dari satu anak tangga ke satu anak tangga .
Ya Allah , apa aku buat ni? Rasa bersalah bertimpa timpa menerpa diri . rasa kejam kerana tidak mampu mengungkapkan sebarang kata kata . memerhatikan langkah demi langkah yang dia atur, aku sudah tidak terkata . betapa sanggupnya dia turun tadi dan menapak melalui tangga . kenapa awak? Kenapa?

Awak , saya mintak maaf sebab tak pernah letakkan diri saya dalam diri awak . saya tak pernah untuk cuba selami perasaan awak . tak pernah cuba untuk memahami awak . tak pernah cuba untuk jadi yang terbaik untuk awak . tak pernah cuba untuk menjadi seperti yang awak inginkan .

Saya mintak maaf sangat2 ~