Tuesday, 18 December 2012

Analogi dan CINTA HALAL ::


12.12.12 ( POST yang dah bersawang di lappy )
Assalamualaikumm w. b . t ~
Pejam celik pejam celik , kita dah hampir menambah satu lagi angka pada usia kita . 12 Disember 2012 . mesti ramai yang memilih tarikh hari ni untuk berkahwin .Almaklumlah , tarikh cantik . 12.12.12 . Tahun hadapan dah takde dah , 13.13.13 .huhu . walaubagaimanapun , untuk pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga , selamat pengantin baru . ( alamak , dah macam dJ radio pulak ) ngee .
Tetiba hari ni terasa macam pasal hubungan halal dan diredhai plak J . Dah dua hari aku membelek blog USTAZ CINTA setelah berkurun tak membukanya . Huh . Ustaz Cinta ni blog dia memang best , banyak sangat pengisian rohani dan sesuai sangatla dengan jiwa remaja yang mula ingin berjinak jinak dengan cinta dunia dan yang telah terjerumus dalam cinta duniawi ini .
so sweet :)
Err . hmm . Belum lagi kira dengan laman sesawang ILUVISLAM.COM .cerpen nya pun dah cukup membuat minda ku menerewang jauh , mengenangkan segala perbuatan dan kekhilafanku . Bercinta? berCOUPLE? ape yang aku tau, bercinta itu tidak salah selagi tak menyebabkan kita leka dan lalai . bercouple? Memang sah sah la tak ley . berhubungan dengan laki laki tanpa izin wali , tak ke membelakangkan wali kerna laki yang ntah sape2..? 
RIndu? Bila rindu itu tidak disalurkan dengan betul , ia boleh membawa kepada zina hati . dan dengan serta merta anda adalah seorang PENZINA! (pada akula ) Woo! Teruk kan perkataan tu?seram plak aku dengau . aduyai . susah nak menjaga hati kalau tak kuat iman . haa! Nmpk kn kita yg buat islam tu pyh , padahal islam tu mudah je . BILA RINDU, berpUASAlah…hmm, aku suka nasihat USTAZ CINTA pasal ni , kalau rindu sesangat kat dia tu, dekatkan diri dengan Allah, banyakkan berpuasa ,. insyaAllah , hati kita kan lebih tenang .
                        
JANGAN! Jangan layan perasaan tu . ingatkan dia, terbayang bayangkan dia sampai lupa cinta kita sebenarnya untuk siapa?
Kahwin Muda? Fenomena dah sekarang ni . jangan pikir baiknye saja , buruk kne pikir jugak.. err??? Agak2 kahwin dlm usia 23tahun dalam kategori kahwin muda jugak x?? hehehe ..
Bukannya apa . Cuma umi cakap jangan kahwin awal ! hmm .. kompius nie .. err ..huhu ~
Tapi ustazah kat sekolah dulu cakap “..kalau anak ustazah mintak nak kahwin masa dia sedang belajar , ustazah bagi, sebab ustazah rasa sekarang ni kehendak anak anak kalau ianya tak melanggar hukum hakam islam , kena bagi , takut lain pulak jadinya nanti..” hmm , tetapi lain ibu bapa lain cara mereka .. mana yang lebih relevan??
Pada aku, semua bergantung pada kita .tapi, alamak , umi ngan abah ni tak leh nak jangka lah . macamana ek? Ahh .. lupakan ..
Cuma ,  sesapa yang dah nak kahwin tu.. ingat satu je .. PErkahwinan bukan satu jalan keseronokan dan penghujung kasih dan cinta . Banyak lagi dugaan yang harus ditempuh , dan memerlukan banyak pengorbanan .. Ingat , bersedia dari sekarang ..!
"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."
TAMBAHAN!!!
"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."
Wallahu Anta A'lam ..

Saturday, 8 December 2012

Jaga HatiMu untukku ..

25 November 2012 ( Ahad )

KENAPA PEREMPUAN SEBELUM KAWEN LAIN SELEPAS KAWEN LAIN ??

Yup! dia pemalu ! haha . mcm x caye bahawa dia mmg seorang pemalu . hik3 . sepanjang perjalanan Cuma memerhatikan keadaan dan diam . mesti sedang mencari idea kn utk memulakan . hee . aku? Harapkan aku memang tiada suarala yang tercipta . tau kan aku ni macamana, rasa malu tahap 4 la . selangkah demi langkah menghampiri JJ…larat ke dia ni? Kn balik umah sakit kaki pulak jalan jauh . haish ~

      “ erm..awk larat x nk gi jusco? Jauh ni .”

      “boleh..slow jog pun da boleh la..”

Alamak , kesianla pulak nak bawak pegi jusco . hmm . tp macamana nk cakap . aku tak pandai menyusun kata kata . sumpah ! fiqa mendapat kol dari encik KZ . katanya dia berada di KFC Jusco bersama ibunya , fiqa sudah tidak tentu arah . kelihatan tanda tanda keresahan di wajahnya .

      “nak buat ape je kt sini?”

      “bayar bil broadband pastu beli hadiah je..”

Fiqa memimpinku laju ke food court . lapar sgtla tu . pelik la budak sorang nih . padahal tadi bru je mkn KFC kt seremban . Roti menjadi pilihannya untuk santapan petang . Kami menapak ke tingkat 2 , tempat urusan bayaran bil broadband . err? Mataku melilau ke kiri dan ke kanan . mana pulak celcom nie??

      “percaya tak ni first time sy datang jusco?”

Errk!! Macam xcaya jer , padahal Melaka dengan tangkak tak jauh pun . aku memandangnya .

“percaya, tak pe hari ni saya bawak awak melancong lah kat     sini..”

PERCAYA? haha . plastic betul..macamana aku boleh cakap percaya padahal terkejut sesangat tadi . aduyai ~ mulut ni asik keluar yang lain aje . aku tersenyum sendiri . mataku tidak berhenti dari terus memandang ke semua kedai yang ada . tapi takde pn celcom centre?!! Hmm ~

   “awak nk beli hadiah kn?cari la hadiah dulu camtu..”

Aku memandang fiqa sebelum masuk ke kedai barangan HINODE . takde hadiah yang menarik pun .

    “awak..”

Kedengaran suara memanggilku dari belakang . aku mengundurkan langkah dan memandang barang yang ditunjukkannya . Satu plastic yang mengandungi gambar yang belum diwarnakan + water colour .

   “awak beli je la yang ni ..”

Aku memandangnya sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan . amboi! Ada ke suh aku beli mainan kanak kanak tu . Dia ingat aku tengah bercakap tentang nak bagi hadiah birthday budak budak agaknye . awak?ni nak bagi dekat mak budak..tau tak..betulla dia ni..ngek!

Kami duduk di kerusi berhadapan pusat pembayaran broadband . hmm, broadband dah bayar, tinggal hadiah je satu lagi .so , duduk dulu . semput teruk nih .. nak nafas pun rasa tak lepas .fiqa menghulurkan roti kepadanya . aku hanya memerhatikan .

    “eh, buat susah susah je..”

fiqa dan aku saling berpandangan . ketawa terhambur keluar . rasa lucu pulak bila kata kata itu terluah dari mulutnya . hak3 . kelakarla awak nih . ;-)

Kami melangkah keluar sesudah menunaikan solat maghrib di surau bawah . kemana ye? Tesco pula . teringin nak makan big apple pulak . hihi . sepanjang perjalanan, fiqa berada jauh di belakang . haha . fiqa? Apesal jauh sangat beb? Nk bagi ruang utk kami yea?hee . ada2 je kamoo ni yer . J

Ku tinggalkn mereka seketika . mencari sesuatu . tapi takde plak kt situ . hmm L aku melangkah kea rah mereka . ada rasa menyelinap sepi di hati ku . hesh! Kenapa dengan aku ni . argh! E! lupakan . aku berlagak seperti biasa . senyuman ku ukir seikhlas mungkin .

 Tak mungkin mampu ku hapus pergi . tapi tolonglah , diam je kt situ . jangan kelirukan aku . gelak tawa menghiasi Big apple tesco bandaraya Melaka . rasa itu kembali menerpa hati ini . ya Allah! Ape ni..duhai hati, perasaan ini tidak patut muncul lagi..kembalikan aku seperti biasa..pliz!

   “nak naik kat tangga ke?”

Aku mengangguk perlahan .

   “kenapa xnaik ikut sana ..?”

Aku memandang ke sebelah lagi jalan ke jejantas yang sama . aku memandangnya .

   “naik kt sanala, dekat, biasa naik tangga sana..”

   “saya naik sana ea..”

Dia menunjuk kea rah bertentangan . aku terdiam lantas mengangguk perlahan . dia melangkah ke sana sementara aku dan fiqa melangkah kea rah sebelah . takkan nk biar dia naik sorang2 ?aduh! macamana ni? Tiba tiba fiqa menerpa ku .

   “weh! Takkan ko nak biar dia naik sorang2? Pegi ikut ..”

Hmm..aku dah tak tahu nak buat ape..

   “cepatla..dia x naik pun tu..”

Aku serba salah . aduh! Takkan tiba tiba pegi sana . aduh! Tapi takkan nak biar dia sorang.. erghhh!!

Kelihatan dia turun dari jejantas dan melangkah kea rah kami . aku langsung tidak memandang ke belakang lagi . huh . bersalahnyaaaa  . Dia mengikut kami naik melalui tangga.. tangga?? Kaki dia belum sembuh betul2 lagi.. kalau lagi lambat sembuh macamana? 

Macamana ni . aku memerhatikannya . Kelihatan begitu susah untuk dia menapak dari satu anak tangga ke satu anak tangga .
Ya Allah , apa aku buat ni? Rasa bersalah bertimpa timpa menerpa diri . rasa kejam kerana tidak mampu mengungkapkan sebarang kata kata . memerhatikan langkah demi langkah yang dia atur, aku sudah tidak terkata . betapa sanggupnya dia turun tadi dan menapak melalui tangga . kenapa awak? Kenapa?

Awak , saya mintak maaf sebab tak pernah letakkan diri saya dalam diri awak . saya tak pernah untuk cuba selami perasaan awak . tak pernah cuba untuk memahami awak . tak pernah cuba untuk jadi yang terbaik untuk awak . tak pernah cuba untuk menjadi seperti yang awak inginkan .

Saya mintak maaf sangat2 ~



Sunday, 16 September 2012

ajk surau!! aku jatuh cinta :)

16 September 2012 ( Malaysia day )
Story taken place :  Kuala Lumpur
Starring : hehehe ~
Perancangan last minute ! eh? Nk pegi KL ke? Amaze! Cm xcaya jer . tgh duit taderk nie . bagai mimpi , tepat jam 1005 , kami tibA di terminal bersepadu selatan ( tbs ) . Wah! Biar betul! Tiket balik kami ambil terlebih dahulu . “eh, kul6 sempat tak?” aku meemandangnya . kening ku naikkan . “ai, berapa lamaa daa nk lepak ni?kul6 tu dh lmbt,sempat kot..” setelah berfikir, keputusan kami ambil..kul6 ea..jgn lme2 nar!
Usai tiket kami ambil , kaki dihayun pantas menuju ke kaunter komuter tiket . tiket ke kL sentral plis! Alamak , kL sentral naik kTM sebelah mne ea? Aduh! Nk tnye maluu..hee..kami rujuk peta perjalanan KTM yg disediakan . “haa, dh btul ni platform 2,jom!” aku menuruni anak tangga agak pantas . huhu . “slow sikit weh! Jatuh aku ni ..” haha.. oh lupa! Hari ni dia memakai selipar yg wo! Tinggi dari biasa.. :) aku memerlahankan langkah . tangannya ku pegang untuk memberi kestabilan . erk? Ada ke? Haha :P
Alhamdulillah , 2minit kemudian , komuter tiba . urusan kami dipermudahkan . Kami menaiki komuter .. alamak, ramai giler! Monologku . aku dan dia terpaksa bergantung pada tiang yang disediakan memandangkan kerusi telah penuh . “eh, diorang dh kat mana?” aku bertanya takut seandainya kami terlewat . “tak sampai lagi , on the way kot ..” aku mengangguk .
Tiba tiba aku teringatkan plan kami yang tak menjadi kat atas bas tadi . bibirku tersenyum sendiri . “aku dh ckp, dia memang kool..” dia memberitahuku . huhu . baru nak main main . rupanya si “dear’ pn belum lagi turun dari genting . aduh! Senget ~ buat burn plan kitorang jer .. takpe takpe , masih ada waktu . huhu .
Waktu menunjukkan 1145 ketika kami tiba di kL sentral . aduh ! kL sentral ni pening sikit . kami lihat label Monorail di peta tersedia . “tingkat 1..”kata dia . kami lantas ke tingkat 1 menggunakan lif yang disediakan . setelah memberi kembali tiket komuter . kami melangkah laju ke kaunter . erk! Kaunter mana ni? Aku menggaru kepala yang tidak gatal . mata kami melilau ke kiri dan ke kanan . “kLIA transit kn?..” dia bertanya ku . eh? Tu soalan ke penyataan? Oops!tak pasti! Hee ~
“ko plak Tanya , tadi aku dah Tanya..”  hmm . Malu bertanya sesat jalan . huhu . nasib baik ketika itu perempuan yang menjaga kaunter tersebut . huhu . “cik , nk ke bukit bintang naik ape ea? ..” aku menebalkan muka . “oh , naik monorel , pegi straight , belok kanan , turun bawah , belok kiri ..” ok terima kasih . hanya terluah di hati . aku hanya mengangguk kepala tanpa ucapan terima kasih .
Kat bawah ada tempat bas dengan teksi rupanya . nasib baik ada pakcik teksi sudi menunjukkan kami jalan ke monorel . sedang laju ku haunkan kaki , mataku terpandang sesusuk tubuh lelaki di sebelah kanan . aku memerhatikannya . muntah? “mabuk ke?..” dia berbisik kepadaku . aku pun memikirkan hal yang sama . biasanya orang mabuk sahaja yang suka muntah bila lepas minum . eh , jgn negative . “mungkin dia demam kot . tu muntah..positif.” aku bisikkan kembali pada dia.. kami tersenyum .
Monorel kami ambil menuju ke bukit bintang .  RM 4.20 untuk dua orang . jam sudah menunjukkan pukul 12 . “e, diorang dah sampai..cepatnya..” huh! Pecut kea pa bebudak nih . monorel tiba tepat pada masanya :) Alhamdulillah ~ dipermudahkan sekali lagi . kami akan turun di bukit bintang dalam 15 minit lagi . Sampai di stesen iMbi , times Square kelihatan jelas . “eh , ni times square , katanya kat times square, kenapa tak suruh turun kt imbi, haish..” laa , diorang tunggu kt times square . kata nk jumpa kt bukit bintang . ish3 ~ usai tiba kami terus berpatah balik ke times square . jalan kaki aje . dekat kot . huhu . sampai di jejantas times square . telefonnya berbunyi.. dia lantas mengangkatnya , aku hanya memasang telinga .
“dah, dah nk sampai ni..ha?dah Nampak..oke..” telefon diletakkan .  aku melilau mencari di manakah gerangan orang yang dicari . mcm mne si ‘dear’ bley nmpk dia padahal aku tak Nampak pun . haish haish . heran . menghabiskan langkah terakhir tangga jejantas tersebut . mataku lantas memandang ke hadapan . haa! Tula . mata lantas dengan spontan menunduk ke bawah . mereka bertemu di situ . betul! Memang kurus! Tak salah lagi . :)
Bila mendengar bait bait namaku disebut antara mereka . senyuman ku ukir dengan mata masih memandang ke bawah . kepALA DIanggukkan . belum punya kekuatan berhadapan dengan lelaki yang tak dikenali ( yelah sangat ) kaki ku mengikut langkah mereka ke times square . huish ! besar kot .. huhu .. ape laa yang best sangat dengan times square nie .. aku tertanya Tanya sendiri . ini kali pertama ku jejakkan kaki di times square yang namanya telah meniti di bibir kawan kawan ku sedekad lamanya .
Aku tertanya.. bukankah si’dear’ dia ni datang bersama kawannya . sedang leka berfikir rupanya kami sudah berada di pintu kecil times square . eh, tu kawannya . rupanya menunggu di sini . tangan dia ku genggam erat . kalau hilang kat sini , habisla aku . telefon pun bateri kong! Kami berjalan ke tingkat atas tanpa tujuan . dia menanyaku..”lapar tak?nk makan dulu..?” err, lapar jugak ni . hehe . “ikutlaa,aku tak kisah..” huhu, malu memberitahu hal sebenar . akhirnya mereka membuat keputusan untuk aku dan dia . food court 4th floor . the chicken rice shop menjadi pilihan untuk menjamu perut yang meminta diisi .
Meja empat kerusi berada berhampiran dengan beranda tengah dipilih . aduh! Nak makan berhadapan? terok! “ni lemah makan berhadapan,adeh!..” dia membisik perlahan di hujung telingaku.. aku memandangnya..memang tak off Bluetooth la minah ni . haish . asik sama je pikir ngn aku . huh . aku duduk setelah dia duduk . erm , dhla berhadapan dengan dua dua mamat yang tak dikenali nie . ish3 . pertama sebelum ku…eh? Merapik! Haha :P
Menu yang diberi dalam bahasa mat salleh .. aish! Aku ni org Malaysia .. tak paham! Hak3 .. akhirnya mereka jugak yang membuat pilihan.. set! Hmm2 ~ efisien! Kejap je sampai makanan kami . air pepsi? Ayam? Kerabu mangga? Kailan? Err, yeke kailan?hee, xtau! Sudu garpu ku ambil untuk aku dan dia . si’dear’ memimamkan bacaan doa makan . mak aii, panjangnya .. sekali ngn mksud ke apa .. monologku sendiri . hatiku ketawa terbahak bahak . eh, macam mana tu.. huk3 ..
Amin! Yea, makan makan . aku mengambil sup dan menyeduk ke pingganku . tiba tiba mataku terarah ke hadapan . mak aii! Dah amik ayam da? Advance giler mamat nih .. lapo kali . wawawa.. :) aku mengambil ayam .. hati tak henti berdoa . moga moga ayam ni tidak bernyawa saat aku mengangkatnya ke pinggan . malu kalau terloncat kat sini . huhu . nasib baik tak berlaku apa apa . lapar punya pasal . ape jadi pun aku telan je . banyak yang dibicarakan . aku hanya memasang telinga tanpa menjampuk perbualan mereka .
Setelah itu , kami ke tingkat atas .  wah! Teruja melihat permainan kat atas sana . roller coaster?woo?! hebat doe! Seram seram seram . nantila . sebelum pulang ke Kelantan aku akan ke sini lagi . setahun setengah waktu yang aku ada . huhu . tunggu kedatangan ku wahai roller coaster .. oke, jom..kita pegi tengok wayang pula . huhu . segan betol! Guna duit si’dear’ minah ni lagi . aduyai . malu malu . humph . residential ape ntah . pasal penyebaran virus . huk3 . pompuan tu seksi je pemakaian dalam citer tu . malu tengok citer macam ni dengan ajk ajk surau . alamak . “nak letak kat mana muka ni..” aku pandang dia, dia pandang aku.. kami tergelak sendiri .. cerita macam n kami boleh gelak lagi . gilak glak dan gilak .
Habis dua jam . 1525 waktu Malaysia sekarang . tanggungjawab dengan Tuhan belum trtunai lagi . surau kat tingkat 8.. kami naik ke tingkat 8 .. eh? Surau lelaki jer..mungkin melihat kami sedang mencari cari sesuatu, seorang lelaki menegur..”cari surau pompuan eh?” .”a’ah..” dia menjawab pantas . “tingkat 7..” oh.. ucapan terima kasih sebelum kami melangkah kaki ke tingkat 7..meninggalkan dia solat terlebih dahulu, aku keluar dan berfikir2 untuk mengambil jam yang ku tinggalkan di kedai tadi . err, takpela dia ckp tunggu dia dulu . okela.. aku langkahkn kaki kembali ke surau . di tengah perjalanan , mataku tertarik kea rah kanan .
Alamak! Macamana diorang boleh turun tunggu kt tingkat 7 pulak . aduh . macamana nk ambil jam . aku lantas menceritakan kepada dia . erm.. aku tersenyum ke arahnya . aku punya idea……………..
Kami melangkah ke low yat seusai aku mengambil hadiah . hadiah tadi sudah bertukar  tangan  . sampai kul5 je tau .. nak kejar KTM lagi lepas ni .. bus kul6..aku mengingatkan dia .. wah!! Mataku terpukau dengan susunan laptop, tablet, dslr di bahagian dalam low yat .. aduh .. kena jaga pandangan nih .. haaa..
Jam menghampiri kul5 . kami keluar dan pergi ke food court bahagian bawah low yat .. aku membeli cool blog MOCha blended . baru sahaja menghulurkan duit untuk membayarnya , si’dear’ memotong ku dengan menghulurkan RM10 ke arah jurujual . eh, takkan nk bayar lagi, dh banyak kot belanja ari ni .. malas bertekak lebih lama , aku diamkan diri . susah bertekak dengan orang yang murah hati ni .. Tiada kata terima kasih yang terucap .. huhu .. tak mungkinlah! Bkn ego Cuma kekuatan belum ada .. hehe .
Aku mengambil gambar terakhir si ‘dear’ minah senget nie bersamanya .. huhu .. ada kejadian tragis tika ini tapi CUT! Biarlah antara kita je senget yea?hehe :P ucapan terima kasih terluah dari bibir si’dear’ kerana sudi menemani dia ke sini .. huhu .. aku menganggukkan kepala . ketika naik tangga, aku melihat si’dear’memandang dari bawah..aku memandang dia.”tak nak buat lambaian terakhir untuk hari ni, naty dh lambat nk jumpa lagi??” dia memandangku lantas memandang ke bawah . senyuman berbalas antara mereka . aku tersenyum sendiri . bagaikan kedengaran ucapan selamat tinggal dari senyuman mereka .
Kenangan hari ini cukup setakat di sini . InsyaAllah, aka nada lagi :) dan Alhamdulillah, kami terlepas bas untuk trip pukul 6 . kami tiba di tBS pada pukul 6.39 petang . terpaksa ambil trip kul 7 . Syukur kerana tiket masih ada . Dan akhirnya , kami Berjaya membuatkan si’dear’ rasa bersalah kerana membuatkan kami terlepas bas . huhu . kan aku dAH cakap..masih ada waktu . huhu . tiba di MC jam0905 malam . kami menunaikan jamak taakhir di MC sebelum pulang . Segala puji bagiNYa , rezeki kami murah hari ini , mak cik pah belanja pula kami makan malam usai kami pulang .. Subhanallah.. HIkmah hikmah hikmah J  SEKIAN …

tak semudah itu ~

06 september 2012

Melupakan tak semudah menerima .. menyayangi tak semudah membenci ..

Setiap saat tanpa dengusan nafasnya terasa hembusan nafas diri ini yang tersekat . sesak! Setiap sudut terpancar wajah dia tanpa sedikit pun menghiraukan diri ini yang ingin melupakannya . meletakkannya jauh dari hati ini . dia terlalu baik untuk seorang insan yang lemah . diri ini terasa kecil di sisinya . aku ingin melupakannya . tapi…kenapa payah? L

Sedang sibuk memberi nutrien  kepada  pesakit , kelibat melalui belakangku dan terhenti di meja cardiac pesakit katil 22A . “alamak! Dia lagi! Ergh!” aku memandang kea rah observation chart tanpa memandangnya lagi . dadaku terasa meruap . kakiku langkah laju meninggalkan tempat tersebut . Kenapa?kenapa dr Rizal?.

Aku melangkah pantas ke arah pakcik shahbudin , pesakit di katil 24 . “err, assalamualaikum pakcik . gelas pakcik ada ukuran tak?saya buat ukuran eh,, naty mudah kalau nak catat ek?” Nampak pakcik ni macam garang jew.hatiku bermonolog sendiri.Aku pandang di kerusi berhadapan pakcik shahbudin, seorang budak perempuan sedang ralit membaca suratkhabar..perasan ada yang memerhatikannya, terus dia mndgku dan menghulurkan gelas.eh, dengar rupanya budak nih . aku tersenyum sendiri . aku menganggukkan kepala tanda terima kasih . badan ku pusing untuk keluar dari kubikal tersebut . oops! Hmpir terlanggar…aku mmndgnya..Arghh!! Dia lagi!!! Kenapa dia selalu ada kt jalan aku ha?

Tak paham ke dr Rizal? Awak mengingatkan saya pd seseorg yg saya ase saya tak nak ingat lagi . kenapa awak muncul saat sy ase sy dh ptt bertembung dgn awak lagi!! Arhghhh!! Tolonglaa jgn muncul di hadapan saya… :’(

Tak mudah untuk aku lupakan dia . tak mudah untuk aku  relakan kepergian dia . kehadirannya dalam hidupku mengajar aku erti ketulusan dalam perhubungan . kesediaan menghargai seseorang . aku tak sangka dia meletakkan aku dalam perasaan yang aku sendiri tidak pasti . hatiku terasa kosong saat aku menyuruhnya pergi . kosong!

Tempoh dah hampir tamat. Hanya dua pilihan ~

paeds paeds paeds :)

13 september 2012 ( khamis )

Yes! Alhamdulillah . hari terakhir yang sangat menyenangkan di 1.2 . surgical paediatrics ward! Hari terakhir . tapi satu hal yang tak dapat aku pertikaikan . aku cuba tapi mmg aku xmmpu nk bergurau dan menyukai kanak kanak . naluri keibuan tu tidak sampai di hati aku . mungkin belum sampai masanya . aku bermonolog sendiri .

Tapi bila merenung jauh ke dalam mata aleesha , putra faris naufal , nurasyikin dan faizzudin yang ada eczema tu . aku terasa ingin sekali memeluk mereka , mendakap dan mendukung mereka . namunnnn … huh … ak tiada kekuatan itu .. segalanya hanya bermain di minda . terlintas di hati , tak mungkin aku akui di hadapan mereka .

Bila melihat ke arah ibu ibu yg menunggu anak anak mereka, jelas sinar kebahagiaan yang tak mampu diungkap dgn kata kata . senyuman yang terlirik di bibir mereka menggambarkan harapan dan impian untuk melihat anak mereka sembuh . oh, barangkali inilah perasaan seorang ibu yang bakal aku rasai nanti . Ya Allah , aku memohon dengan kekuasaanMu , sembuhkanlah anak anak ini, jadikan mereka anak anak yang soleh, dai’ dalam mengembangkan islam .

Gelagat anak anak kecil berlari lari kecil di sekeliling wad . dengan panggilan “ kakak , kakak…” aku terasa sungguh bahagia . meski kadang kadang timbul keserabutan . biasala anak anak kecil , keletahnya susah dikawal . aku tersenyum sendiri . teringat kata kata puan sebulan yang lepas .. “ kanak kanak lebih baik meloncat ke sana , melompat ke sini daripada diam diam , kerana bila diam itu yang meresahkan kita…”

Teringat maisarah atau mesra ku panggilnya sarah , caranya , perangai dan sikapnya betul betul mengingatkan aku tentang seseorang . siapa? Jenuh ku termenung di hadapan katilnya , melihatnya tersipu sipu senyum . malu . oh! Dia , adikku . mereka mmpunyai perwatakan yg sama . senyumannya . sungguh , aku melihat adikku dalam dirinya . dik, aku rindukan kau :(
“sarah , petang ni ada buang air besar tak?” satu petang aku bertanya sarah . dia lantas memandang neneknya . ‘makk..” eh, kenapa Tanya nenek pulak . aku hairan . dia kembali memandangku . masih tersenyum malu . “kenapa Tanya nenek, sarah takkan tak ingat?” soalan ku dibalas dengan senyuman . huhu . fine . aku meneruskan kerja seperti biasa . susah nk baca pemikiran kanak kanak . hik3 ~

Last ! terima kasih kt staff nurse , dr Muslihin yang pendiam tapi kuat bekerjA , dr Hakim yang buat baru ku tahu bakat lawak terpendamnya pada hari akhir penempatan ku di situ , dr Afif yang sangat suka Tanya kitorg benda benda pelik “eh, knapa xtnya staff nurse?ngek!” aku pasti ingat korang .. terbaik la .. J sweet memory ever . terima kasih Allah untuk pertemuan dan pengalaman berharga ini .  SEKIAN ~

Monday, 30 July 2012

ungkapan kata bernaDA cinta ( Ayah )

sendiri tanpamu
Susah untuk melepaskan seseorang kita sayangi pergi kan? Andai bercinta dan berpisah pun sudah payah, apatah lagi seorang ayah yang menjaga, mengasuh, dan mendidik kita hingga ke usia ini. Rasanya baru sedetik lepas, aku mendengar suaranya, meneliti setiap bait kata-kata yang terluah dari lubuk hatinya, senyuman dan sayup hilai tawanya. Ya Allah, sepantas ini Kau ambil dia dariku. Belum sempat aku memberikan secebis kebahagiaan buat dia. Aku belum sempat menghargai dia.
           
Sesungguhnya, detik hati untuk pulang ke kampung awal Ramadhan lalu merupakan satu petunjuk daru Ilahi bahawa Syawal ini, tidak akan ada lagi seorang insan mulia bernama ayah untuk disalami. Tidakku sangka pertemuan ini adalah yang tersisauntuk aku terus meluangkan masa berharga dengannya. Andai aku tahu dia akan pergi selamanya, mungkin aku akan mengabadikan sahur, puasa, memasak dan berbuka bersama, pertemuan dan perpisahan terakhir di dunia sebagai sesuatu yang paling membahagiakan sepanjang hidupnya. Ramadhan terindah!
            
Ya Allah, terima kasih untuk masa yang telah Engkau berikan pada aku walau untuk seketika. Meski cuma sehari, Cuma 1 Ramadhan 1433H waktu yang aku ada bersamanya, cukuplah untuk merungkaikan rasa rindu setelah sebulan tidak menatap wajahmu, Ayahku~ ayah, aku tahu sepanjang hidupku yang hampir sedekat ini, aku tidak pernah mengungkapkan rasa sayang kepadamu. Tapi takdir telah menjemputmu pergi dan takkan kembali lagi.
           
Meski sudah terlambat, aku ingin ayah tahu yang aku sayang sangat dengan ayah. Ayah seorang ayah yang baik, ayah selalu ada bila aku sedih, ayah selalu peluk aku, ayah selalu bagi semangat untuk aku, aku tak kesah meski ayah tiada harta sekalipun, tetapi ayah ada hati yang kaya dengan kasih sayang. Ayah, aku minta maaf, aku minta ampun atas semua dosa aku terhadapmu ayah. Ayah tidak perlu meminta maaf kepadaku ayah, ayah tidak layak untuk menuturkan kata keramat maaf kepadaku ayah. Ayah adalah ayah aku, ayah yang sepanjang hidup ini aku abaikan kehadiranmu.



      Ya Allah, tempatkan lah ayahku di Jannatul Firdaus. Ampunilah segala dosanya Ya Allah. Dia ayah yang baik. Dia telah menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada kami dengan sempurna. Andai ada hukumMu yang kami langgari, itu adalah khilaf kami sendiri, Ya Allah. Biarkan aku saja yang dihukum. Aku tidak sanggup melihat dia diseksa Ya Allah. Biarlah aku saja yang menanggung segalanya. Lindungi dia di Alam Barzakh, Ya Allah. Aku sangat menyayangi dia Ya Allah. Pertemukan kami di akhirat kelak. Satukan kami kembali, Ya Allah.



*“kepada yang masih mempunyai seorang lelaki yang bernama bapa, ayah, abah, abi, papa, mahupun daddy, hargailah setiap detik masa yang ada bersama mereka, jangan biarkan mereka terluka. Berikan mereka kebahagiaan dalam setiap detik masa yang ada.”

Ungkapkanlah kepada ayahmu, “ Ayah, saya sayang ayah. “ sebelum terlambat ~ 


buat sahabatku ; relakan lah kepergiannya kerana ALLAH lebih menyayanginya ~

salam takziah daripada " cikbintang "






Tuesday, 10 July 2012

aku cuma seorang....kawan

ye . aku cuma seorang kawan . malah aku belum layak mendapat gelaran seorang teman apatah lagi darjat seorang sahabat . aku cuma manusia biasa yang tak lepas dari kekurangan . sikap yang banyak menyakiti hati org lain . aku bukan kawan yang baik . aku tahu . aku tak mungkin mampu menjadi orang lain . hanya ini sahaja kelebihan yang mampu aku tonjolkan . sebanyak ini kekurangan yang bisa aku tampilkan . aku bukan ingin lari dari masalah , tapi aku masih perlu waktu tuk kmbali meletakkan emosi dan pemikiran pada takat biasa .
first of all .. terima kasih kerana selama ini telah menjadi teman terbaik kala aku memerlukan .. terima kasih kerana menjadi peneman ku kala aku tidak mampu utk berdiri .. terima kasih .. terima kasih untuk segala kebahagiaan yang pernah engkau cipta dalam kehidupanku .. 

terima kasih kerana luahkan segalanya pada aku . terima kasih kerana berani nyatakannya . terima kasih . 

aku pohon maaf andai ini menjadikan kita semakin jauh . sesungguhnya aku tidak ingin semua ini berlaku tetapi aku mahu kau tahu yang kita punya satu sikap , satu perangai yang sama . yang kau buat , dan yang selalu aku buat dan sikap ini akan terus menjarakkan kita . biarlah ia terkunci untuk aku . 

.. bukan salah takdir yang telah menjadikan semua ini . ada sesuatu di sebalik semua ketetapan Tuhan . aku tahu . tapi mungkin aku belum mampu utk berhadapan dengan kau setelah apa yg terjadi .. aku tahu kita tak sama , aku tahu kita sama sama punya banyak kekurangan utk diperbaiki . 

aku minta maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki . aku tahu , bukan itu sahaja , malah mungkin byk lagi hal hal lain yang kau simpan dan terus pendam dalam hati an? sebab kau anggap benda tu kecik je . kau biarkan dan hari tu mungkin dh terlalu byk kau simpan smpai dh xmmpu lagi utk bertahan . 

aku tak pernah salahkan kau . meski selepas ini hubungan kita takkan kembali mcm dulu .. semesra , sebahagia , segembira apa yang pernah kita alami bersama . kau adalah sahabat terindah yg Allah kurniakan dalam hidup aku .

meski sesingkat ini kebahagiaan persahabatan yang mampu kita cipta . cukuplah . mungkin setakat ini rezeki yang ada buat kita . 

Halalkan ilmu yang pernah kau kongsikan dulu ~
Terima kasih utk segalanya . 


“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” 

Assalamualaikum w.b.t ~





Wednesday, 20 June 2012

tak mungkin oke :)

assalamualaikum . dear bloggies ( sbb diary , diaries . so , blog , bloggies lah . hee ) asenye mcm dh lama aku x mengukir ayat ayat kebaboom kt sini punya blog! hak . kebaboom lha sgt :P asenye tiada kepentingan malahan cerita menarik untuk dikongsikan . almaklumlah , teman artis pun tidoknye . hee .

Cuma dua tiga hari ni je , aku asik terpikir tindakan aku yg mcm x patut aku lakukan . aku rasa aku sekarang bkn aku yg dulu . aku dh berubah . jadi kejam! kejam kah ? huh . aku sendiri pun xtau . kalau smpai bermain tarik tali xde masalah lgsg buat aku . ( adeh ,mcm selalu menang jaa main tarik tali , padahal main pn xpenah . haha . )

tapi aku sedang menggarap satu masalah yg cukup besar nih . berkaitan hati dan perasaan orang! hati dan perasaan ORANG! bkn boneka e , ko ni mmg gila kn e.. ko sedar x? hmmm .. aku tak tahula . sbb tu aku ckp aku ni bkn aku lagi! aku dh laen ~
apa salah dia smpai ko tergamak mcm ni skali ..

tO him .
i'm sorry! aku mitak maaf ! aku blm pnye cukup kekuatan utk luahkan hal yg sebenar . aku sedar aku tak patut buat sume ni . mengaku perkara yg aku tak penah rasa! utk apa? aku selfish! aku tahu . n tolonglah . aku harap ko takkan mencipta rasa yg ko tak pernah rasa . so that , suatu hari naty , bila aku dh x sgup lagi hidup dlm kepalsuan . kita takkan rasa kekecewaan . mmg! kejam jika ianya berlaku pada saat tu , ko mmg sdg merasai suatu rasa aneh pada diri ko . so . tolonglah . jangan rasa apa apa k . aku takkan pernah sygkn ko sbb aku dh ada org yg berhak terima rasa syg aku!

aku mmg tak pikir pnjg bila aku mula terima ko dulu as someone SPECIAl ! special kn aku ckp kt ko? tp satu hal yg ko xthu . wktu tu aku dh ad dia . ko cuma tmpt aku luahkn kebosanan . kejamkn aku? aku tahu !!!!!!! :( aku kejam . tapi kalau ko pn mcm aku , buat hal yg sama kt aku sbgaimana aku buat kt ko . mesti menarik kn ? kira kita fair! :) sory , tp lebih baik bgitu . walau dulu aku pnah harap ko suka aku tp jgn harap aku suka ko! so , it'll be fun bila aku tinggalkn ko mcm tu je .. mesti ko rasa mcm GONE je kn ..

tak! ko xbley mcm tu . aku takkan maafkan diri aku kalau aku tinggalkan ko dlm keadaan mcm tu .. so , i already plan something for YOU ...........................:)

    with love 

Sunday, 17 June 2012

aduhai terharunya !

hey there! aduhai terharunya .. sedih , gembira , kecewa , putus asa ?? eh , terharu untuk apa nih ? humm . awak , sbnrnye sy pn xtau . huhu . sebetulnya , aku baru je lepas membelek BLOg milik seseorang . penulis Blog tu , betul betul buat aku terharu . AWAK! Entitled! huh . Andai la 'awak' yg penulis blog tersebut mksdkan terbaca post nya , agak keterlaluan la untuk mengatakan dia langsung tidak berasa apa apa .
Aku yang tak de kena mengena pn ase kebas seluruh tubuh . hii . smbil dgr lagu Blog blogger uh , lagu acoustic , air mata aku mmg xdpt nk ditahan lagi .. berguguran jatuh ke bumi . humph :(
sy tahu sapa 'awak' yg awk mksdkn tu . :) ape perasaan awk kt dia sebenarnya ea?? hihi . awk dh terSUKA kt dia kn?? huhu . besarnya kasih awak kt dia . sy dh nmpk tu .
sy ase terharu baca post awk tntg dia . berkaca kaca mata sy . huhu . dia mmg sgt menghargai awk kn . sgt2 . :') sy ... sy .. dh tak tahu nk ckp .. sy bahagia tgk korg bahagia . sy gembira tgk korg gembira . dia baik sgt utk awk . semua mnusia xsmpurna .. xde istilah kau tak layak utk aku dan aku tak layak utk kau .. selagi jodoh masih bersama kita , siapa pun kita dan siapa pun dia .  korang tetap akan bersatu .
insyaAllah .. till jannah .. ingat! doa teman ngn sep mg deh .. hihi .. assalamualaikum ~

              :: nak sambung nanges .. sob3 :') ::

               ~ Kekurangan adalah anugerah ~

with LOVE - cik Bintang :)

Saturday, 9 June 2012

coklat celup celup :)

bismillahirrahmanirrahim . assalamualaikum sis n bro ~ :) malasnya rasa nk menghapdate blog usang nih . huhu . sejak blik ke kg nih , wah , xckp masa jdnye :) busy dgn kerja kerja kahwin . oops! bkn cik bintang yg nk kawen yer . huhu .
first week yg hot! haa . kn btol bbq nite jadik! alhamdulillah :) segalanya berjalan lancar . hihi . thankz to checik cuz dh sempurnakan majlis bakar ayam kami . :) duit ayam naty mintak dg umi k . hak3 !~ letih mengejar masa! huhu . nasib baik ada pengiring yg mmg tiptop . huk3 ~ kakcik n syilah . thanks thanks thanks a lot <3



oops! lupa pula sahabat sahabat yg comel ni . terima kasihla dh jdi ahli bbq nite sy . haha . ana zulkifli dan kak jaja . haha . best x?? sorila lau ada sebarang kekurangan . sy xmmpu nk mncipta kesempurnaan . cuma mmpu memberikan apa yg terdaya :) ana! maseh xsehat pun gatai nk berbbq jugak . haish . haha . tp trimas atas komitmen anda . mmg korg yg terbaik . takut sy tgok awk terbatuk batuk dpn asap . apala aku nk jwb dgn dia nty . oops! hak3 . byk betul pmbntu , yg kipaskan ada , yg tolong tgok je pun ada . hoho .

hangit !
hahah . jeng jeng jeng ! inilah hasil kerja pertama cik jaja aka tieyz zatiey/fb . mmg cantik menarik tertarik mendaBOMB . haha . bahana membakar xckup cahaya nih . haha . hitam ke putih pn da xnmpk . semuanya kelabu :) aduduuu . xpelah , checik kata ada jugaklah hasilnya . tapi berapa byk ayam yg terbuang ea? hihi . 2ketul atau 1ketul ? ( jatuh daa , haa )

pandangan atas :)

dan CAK !

ha . kn da kena !
Selamat ulangtahun kelahiran fatin Nurfarhana! sweet 20 ~ 
Best x mandi tepung ? huhu . idea lepas minit kot! ttiba plak ase cm nk mndikan tepung . ari tu best je awak gelakkan ncik sabri kn . nah ! gelakkan awak pula.. haha :p oh , lupa plak , sebenarnya SB pn terlibat dlm komplot nih! hehe . sajaa suh dye rahsiakn dri awk . xbest la lau dh tau kn . :) oke tak plan kami . hee . hampir je bocor disebabkn Adikda saya nih . nsib baik pndai kelentong :) 
takut sy tgok awak terbatuk batuk kena asap , takut kena attack! waktu tu pesanan sB je yg terngiang ngiang kt pikiran sy . " JGN buat kalau dye sakit .." and alhamdulillah awk bleh bertahan . hehe . 

speechless
haa . romantik tak . tiup lilin kt ats buaian lagi . huhu . buat kelainan sikit . ki3 . thanks la to semua yep yang dh jayakan plan suprise tuk ana . sepupu sepupuku , syilah n kakcik . jaja aka tiey :) and checik , dh simpan rhsia dgn baik . hik3 . 

manjalitis . hehe
Done! huhu . xmmpu nk beli yg Mahal , Black Forest je ;ah yg mmpu . hoho ~ makan je kn ana :) 

kesimpulannya , 29mei2012, malam terindah kita . haha . 
:: Bakar ayam smpena Lulus FINAL!
:: mandikan ana tepung sempena belated birthday pd 25052012 .
:: kek Birthday Ana yg murah sajaa jugak tuk Ana , Si Birthday girl! 

                     Frenz Forever :)
                    Love - Cik Bintang ~











Wednesday, 16 May 2012

awak, maafkan saya

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum . hari ni tiada yang ingin aku ceritakan malah barangkali tidak penting sama sekali . Tapi ini adalah kisah kehidupan . kehiodupan , takdir dan erti keredhaan . Awak , maafkan saya . Cerita ini sejujurnya tiada kaitan sama sekali dengan hidup aku . Tapi aku tidak tahu kenapa aku begitu rasa bertanggungjawab utk menerbitkan kisah ni ke alam maya .

ini adalah kisah dua sahabat aku A dan K . Aku mengenali A , sahabat aku yg melaluinya aku mengenali K . Sejak pertama kali aku ketahui hubungan persahabatan mereka , aku tahu K mmg ada hati pada A :) A dh ad someone K .. K tahu .. dan aku pasti K punya fikiran yg sgt matang dan mmpu terima kenyataan seandainya mereka cuma boleh berkawan . ( meski aku tahu dlm hati K , msih ada secebis harapan dan dia msih terus berharap utk dptkn A )

Persahabatan mereka berlanjutan seperti biasa sehinggalah 16MEi2012 . HARI NI! kejadian td ( terpaksa dirahsiakan atas permintaan ) betul betul melukakan hati K . maaf K , aku tahu kenapa A buat kau mcm tu . aku tahu kenapa A sanggup lukakan hati kau sampai macam tu sekali . Aku tahu dia buat tindakan atas alasan yg kukuh . aku tahu kau terluka atas msg2 yg dia hntr kt kau .




untuk K ,
If u lOVe somebOdy , let them gO , if they return , they were always urs , if they weren't, they were not urs.
DAn K ,
Jika kita kehilangan CINTA,pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang kadang sukar tuk dimengertikan . Tapi percayalah , saat DIA mengambil sesuatu , DIA dh siapkn sesuatu yg lebih baik tuk diberikan .
and K plizz!!
bila cinta harus berakhir dengan kesedihan , jgn pernah menyesal dgn sebuah pertemuan. kerana org yg telah melukakanmu adalah org yg pernah membahgiaknmu :(

Buat A,
jika melepaskannya mmg jln terbaik maka lepaskanlh. kerna cinta bkn tuk saling menyakiti ttpi saling mendoakan kebahagiaan masing masing .
dicintai oleh org yg tidak kita cintai adalah anugerah . Jika kita tidak menginginkan dia , tolaklah dia dengan cara yg baik dan berhemah . Bukan kehendak dia juga melabuhkan cintanya pd pelabuhan yg salah . Dia juga sepertimu . mendapatkan cinta atas belas ihsan Tuhan .



bukan semua apa yang kita mahukan akan jadik milik kita .kadang ada perkara dan benda yang tidak dapat kita miliki dan menjadi hak kita . Sedarlah kita hanya mampu berusaha dan seterusnya tawakal  di dalam mencari sesuatu .


A , K .
aku ase bersalah atas apa yg terjadi sbb aku ase ada 1 lg tgunggjawab aku yg aku xbuat ! entahlah , ada sesuatu yg tuhan sdg plan tuk aku ngn korg .. huh .. sedeyla mcm ni :(

                :: menanti pelangi senja ::

               *yangtaksangguplagi : cikBintang 







Sunday, 6 May 2012

study yer kita :)

bismillahirrahmanirrahim . Alhamdulillah syukur kerana masih diberi kesempatan utk menghapdate blog yg x seberapa ni .. :)
hari ni nk bercerita tntg apa yg terjadi semalam 05052012 ..
nk dijadikan , mmndgkn exam yg dh n k mnjelang , maka eloklah kita sma2 berstudy yer .. hihi .. kononnya itulah niat nya .. Alhamdulillah , niat kami rupanya diduga tuhan . ke library tp library dh FULL + PACK! kena cancel plan . nk kemana ea? ahah .. "apa kata kita pegi tasik?" kata iqa . yea? tasik .. ak cuma onkn je .. ta kesah :) oops , lupa nk ckp .. sebenarnya perjumpaan kami juga ditemani oleh Khairul hafizi, si doraemon blueblack UTEM.. huhu .. so , kami berempat :)
smpai di MC, plan brtukar lg , xnk lah tasek, panas .. " kita pegi tmn botanikal nk x ika?? " tie suggest .. pndg ncik doraemon . anggukkan je . oke , jadik! :)
taman botani yg indah . xsgka dlmnya ada satu lg tempat yg tenang dan damai :) tersorok rupanya ..

tiey sengal!

wah .. online di dlm hutan simpan taman botani , hebat kn ? haha .. hutan pn ad line aw . ops! jgn salah tafsir , kami online bila dh lama sgt blaja k .. bkn pegi online! :) study yer =)
mikturasi, penglihatan, pendengaran, tah apa apa la yg kita org baca.. kejap di buaian , kejap di kerusi .. bosan kt tmpt sama .. huhu .
tp yg penting suasana mmg berubah 100% dri kt pngsapuri peringgit nun di bndr . kt sini serious! tenang sgt .. suka! 
thanks tok kwn kwn ku yg comel , iqa n tiey sudi berjalan smbil berstudy bersama ari ni .. luv u two <3


keletihan :)
imam muda hafizi :)
oh! lupa .. ahah .. gmbr yg tertera di atas adalah gmbr curi yg diambil dri dua sudut yg berbeza .. hihi .. mengantuk ea ncik doraemon?? xdelah , letih . hak3 ~ dhsyat ! thankz to u to ye , khairul hafizi sbb sudi luangkn masa dgn kami :) and thankz 4 da aiskrim rainbow . hehe ~ 
byk memori hari ni , terima kasih awk sume2 dh mengukir memori kt aty sy .. :)

mood : apa rasa bila jatuh SUKA ? oppssss :)

. salam sayang dari cik bintang .

wassalam .. 


Wednesday, 2 May 2012

k i t a boleh :)

Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum . Alhamdulillah . tiada dalam senarai tue. tanpa siapa tahu rasa hati, diri ini melangkah jauh. Bukan tidak mahu berkongsi tapi ianya nyata bukan yang dikehendaki. Syukur harus dipanjatkan kerana sesungguhnya tiada yang lebih baik dri takdir illahi. Keputusan sumatif yg diumumkan hari ini betul betul membuat jantung berhenti berdetak! Semua dengan kecuakan yg nyata! Bak kata staff nurse noraini, flacc score . semuanya terlontar di wajah. Takut, sedih, kecewa, gembira jelas tergambar. Duhai sahabatku, apa pun yg anda dapat hari ni bukanlah penghujung segalanya. Allah tahu apa yg terbaik untuk anda. Kita tidakboleh hidup berlandaskan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.. perkara utama yg harus kita pikirkan adalah MENERIMA sesuatu dan MEMBUAT sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan. 


- Gagal adalah lumrah. Berjaya juga lumrah. Gagal dan Berjaya, itu adalah hak kita. insyaAllah, berusahalah. Semuanya tuhan sudah serahkan sepenuhnya pada kita. Terserah! Samada anda mahu ataupun tidak .
Begitu juga hidayah, ianya perlu dicari. Bukan ditunggu ia datang bergolek. - Kadang kadang fikiran kita selalu meneroka jauh kn.? Kita selalu membina imaginasi tntg hal hal negative yg akn terjadi. Perasan tak? Kita lebih byk negatif dari POSITIF? Kita selalu pikirkan kegagalan padahal kita punya peluang luas tuk Berjaya. Why Not anda cuba dahulu.. Kekuatan tak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yg tidak pernah mengalah.

*    Jika kau pikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan,
Jika kau pikirkan ragu ragu, usahamu tidak menentu..
Engkaulah apa kau pikirkan!


ingat ! cuma anda yang mampu mengubahnya :)





Salam sayang dari cik Bintang <3