Monday, 19 March 2012

7 Petala Cinta - romantik islamik abad ini .

Assalamualaikum CINTA :)Assalamualaikum RINDU :)Semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya .InsyaAllah ~hari ni tiba tiba hati terdetik utk berkOngsi nukilan hati tentang filem 7 petala Cinta .
Filem Romantik islamik yang mula ditayangkan pada 15Mac2012 yang lalu di panggung wayang seluruh Malaysia . Sangat sangat meruntun hati sesiapa saja yang melihatnya . tak terkecuali saya . :) jalan cerita yang disusun sendiri oleh Pengarah Azhari zain begitu tragik dan penuh dengan pengisian rohani. bukan sekadar kisah cinta semata mata . hurm , ayat saya tak terkecuali berubah puitis . huhu . cuma ingin berkongsi pendapat sahaja . terpulang kepada anda menilai
Hamka
Watak yang dibawa oleh Fizo omar ini memang mantop habis lha . Hamka sebagai watak utama dalam susunan plOt cerita ni begitu sabar dan sangat tabah menjalani hidupnya . Selepas Bertunang dengan sayidah ( Shima Anuar ) anak kepada Abi dan umi , hamka telah melanjutkan pelajaran ke Yaman malangnya dia telah dilaporkan hilang dalam satu letupan . Kehilangan Hamka selama lebih satu tahun memberi gambaran bahawa dia memang telah terbunuh dalam kejadian tersebut .  
Sayyidatul Nafisah
Sayyidatul nafisah 
sayyidatul nafisah atau Sayyidah, watak yang dijayakan oleh Shima anuar ini begitu meruntun dan menyayat hati . Kehilangan tunangnya yg disyaki terbunuh di yaman menyebabkan dia menjadi seorang yang suka menyendiri dan menghabiskan 12 purnama dengan harapan hamka pulang . Di tasik inilah Sayyidah meluahkan perasaan , menyembahkan esak tangisnya hanya pada Rabb . Betapa tingginya Cinta Sayyidah kepada Hamka tanpa lupa untuk Bersyukur Cinta yang dianugerahkan ilahi .

::  banyak konflik yang melanda diri sayyidah apabila tiba tiba Fakaruddin Attar muncul dalam istikharahnya . 
Dan tak disedari rupanya Hilma sanggup mengundur dirinya " kerana cintakan saudara , sahabat menafkahkan jiwa " . 

siapa Fakaruddin Attar? Siapa pula Hilma Aqila ? 
Untuk ketahui pengakhirannya , yuk ! pegi tgok Movie nim ~
Citer ni wajib ditonton oleh semua kaum adam mahupun hawa yang ingin bercinta , mencintai dan dicintai . dan dalam waktu yang sama tidak membelakangi Ilahi <3
Sapa2 yang belum pegi tengok , jum2 ! best giler ~

Friday, 16 March 2012

banjir at bilik

malang tak berbau ! dah betulla pepatah org2 tua tu . betul betul jadi . kejadian banjir di bilik sendiri? hah? korang pernah alami . sangat sangat terkejut tiba tiba balik dari kelas , roomate tengah mop bilik .. ( tertanya tanya ) eh , kenapa ni fila? "tak tau , abih basah bilik , nak kata ujan tak pun .. abih basah beg .. " aku da bengang giler , sapa punya keje ni .. last ambik tanya senior , " tadi akak bangun lambat tengok air dah melimpah     . Antara korang r yang mandi last tak tutup air ." hah ?! sah sah dah aku yang last .. tak mungkin fila . aku tak tutup air/ biar betul? tak penah hayat aku tak ingat nak tutup air , Ya Allah , kenapa aku cuai sangat ? kesian dekat senior ng fila . abih beg diorang basah . Ee mitak maaf banyak banyak lau memang ee tak tutup paip tu .. mitak maaf ! lgsg tak expect benda ni .. mAaf lau ada yang terasa hati dengan kecuaian saya . memang manusia tak boleh lari dari melakukan , tapi saya dah buat salah besar cuz dah babibkn orang lain ..
:: hikmahnya hari ni , tuhan nak suh aku lebih berjaga jaga dalam melakukan sesuatu kerna MALANG TAK BERBAU ~

Thursday, 15 March 2012

asruLfizA .. Cocok la :)

hurm . gembiranya tengok korang , dalam erti kata lain bahagia je .. secocok sesangat lah .. pandai kamu pilih isteri kn sepupuku . hehe . kak fiza tu nmpk muka suci saja , mesti baik kan . Cikgu ijazah pulak . kamu pun ustaz , cantik la .. tapi banyak betul soalan yg ditanya kat awk kt kamu kan ? hish , ketar saya nk dengar kamu lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA tu . peh! menggeletar .. saya ni nk berangan nk jadi fotographer lha konon , bakat taderk .. haha .. so , terima jelah gmbr hantaran abg sepupu saya yang tak berapa nk genik ni . huhu ~
Gubahsendirini :)
hmm , al quran al karim .. nilah yang terbaik untuk dijadikan hantaran . tak perlu terlalu mengejar BARANG BARANG mahal , higheels , beg Giordano , malahan Blackberry sebagai hantaran . memang , tak dinafikan semua itu perlu dalam kehidupan masa kini tapi janganlah sampai melupakan betapa pentingnya al Quran , betapa hebatnya kuasa telekung sembahyang . Seorang isteri tidak memerlukan barang mahal sebagai tanda kasihmu padanya , cukuplah sekadar menjadikan dia sebagai seorang puteri di hatimu . Rusukmu yang selama ini kau cari , bukan dari kakimu untuk kamu alasi , bukan dari kepalamu untuk dijunjung , tapi letaklah tempatnya di sisimu untuk dilindungi . Dialah hawa , adam ! Dia lah yg telah ditetapkan hatinya untuk mu .. Yang ditakdirkan Allah untukmu .. HAwa ituinsan lemah adam ! kau lah suami , adamnya yang sangat diharapkan membimbingnya Di dunia dgn keimanan , kerana sesungguhnya harta itu smentara . Jika harta itu ada , itulah Bonus dari Allah . alhamdulillah ~
ya Allah , satukanlah hati mereka :)

Yes , ijab kabul selesai ! Rukun nikah lepas ! Alhamdulillah .. tak sangka asrul yang dulu dah tak gabra lagi . Dulu masa kawen kak liza , aku ingat lagi , terketar ketar baca doa kat depan pelamin . last last awk pn da kawen , sekali lafaz plak tu , tabik spring ah !! 
Jaga kak fiza baik baik tau , jadikan dia yang terbaik di hatimu , temani dia kala dia perlu , aku doakan hangpa jadi suami yang mampu menjadi imam , bukan sekadar makmun ... 

Thursday, 8 March 2012

BuKaNtitiKaKhiR

5MAC2012..OOPs, maaf! terbitan kisah ini lmbat sekali keluarnya ..almaklumlah, kisah ini tercipta nun di negeri jelapang Padi lagian line internetnya langsung tiada.. Sekarang, kisah ini aku terbitkan khusus di sini dan semuanya hanyadiriku :) 6 hari yang lepas, demi keterujaan hati mau ke kolej lama , MaTrikuLAsi KEDAH yg selalu ada dalam ingatan aku nie,aku beranikan diri, tekadkan hati melangkah kaki ke negeri jelapang padiyang indah lagi tenang ( lagi best negeri tumpah darahku, kelantan tercinta la (: ) Nurul, terimakasih teramat sangat sebab sanggup menumpangkan aku di rumah kamu ya .. kadang kadang menyusahkan kan aku nie? ish, xyah ckp kadang kadang ,selalu kan . hee . terima kasih tuk family hang jugak sebab sudi layan karenah aku yang mengada ngada nim . rumah hang ingatkan aku pada rumah nenek aku tau . sama sejibik . heheh. sangat2 enjoy berada di rumah hang . mak ngan ayah hang sporting . nenek ngan atuk hang pun . adik hang Chumell giler. (bley ganti mia sara nasuha tu :p ) yang paling best bila dapat jalan jalan keliling kampung BALING dengan hang , adik hang . wahh, aku rasa macam zaman sekolah dulu . dapat pusing2 kampung mcm tu . Rindunye aku kt sepupu sepupu aku . diorangla mangsa lau nak round kampung . yang penting , kimi , mila .. Aku rindu Korang KETAT KETAT :(  aku rindu zaman kita muda muda dulu ( err , tua ke skunk ?) boleh tido sama sama kat umah Opah . kau , aku . sob3 ~ sedihnya . aku hope kita dapat kumpul lagi even sekali sebelum korang jadi seseorang yang menjadi hak orang lain . Amin :) err, da melencong ke kampung pula aku ini . haha . continued ya .. And nurul , trimas juga coz sudi teman aku ke matrik yang jauh berbatu batu dari rumah hang . i LOVEyou ~
Syeghoh and tieyra , luv to see you all again .. huhhu ..aku rasa macam tak nak kelip kelipkan mata bila sampai di matrik tau .. sayang nye alahai . rupanya xder yang berubah pun kan :) " mung dok jupo ko nge dyo?? ) sengih sengih tieyra tanya aku .. hurmm .. aku dah tau da .. haha .. takde lah tieyra , aku bukan datang nak jumpa dia pun .. hurm, dalam hati membara bara nak jumpa ngan dia . huhu .. cover cover .. tp yeah , sapeboleh mengatasi takdir tuhan kan . memang aku tak ditakdirkan ada jodoh untuk jumpa dia even terserempak ngan dia kali ni .. redha sajaa .. hmm ..mgkin ada takdir yang lebih baik menunggu aku namun aku tetap berdoa yang terbaik untuk kami . :) sekejapjer masa yang aku ada di sana . tapi Alhamdulillah semuanya diperkenankan Allah . yang satu tu jelah .. emm , . meski banyak duit yang dibazirkan tapi memang berbaloi bila dapat jumpa kawan kawan lama . Roomate, sori k, xsempat nk jumpa korang .. masa pack giler . maaf ;( malam tu jugak aku bertolak pulang ke kelantan dari alor setar . terpaksa berdikari seorang diri di sana menunggu bas tiba detik 10 malam . Nurul mestila terlebih dahulu pulang .. ( aku tak kejam okey ;) ) and there the stories of my life End .. hope to seeu agaiin Encik bintang <3 .
Assalamualaikum w.b.t ~