Monday, 19 March 2012

7 Petala Cinta - romantik islamik abad ini .

Assalamualaikum CINTA :)Assalamualaikum RINDU :)Semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya .InsyaAllah ~hari ni tiba tiba hati terdetik utk berkOngsi nukilan hati tentang filem 7 petala Cinta .
Filem Romantik islamik yang mula ditayangkan pada 15Mac2012 yang lalu di panggung wayang seluruh Malaysia . Sangat sangat meruntun hati sesiapa saja yang melihatnya . tak terkecuali saya . :) jalan cerita yang disusun sendiri oleh Pengarah Azhari zain begitu tragik dan penuh dengan pengisian rohani. bukan sekadar kisah cinta semata mata . hurm , ayat saya tak terkecuali berubah puitis . huhu . cuma ingin berkongsi pendapat sahaja . terpulang kepada anda menilai
Hamka
Watak yang dibawa oleh Fizo omar ini memang mantop habis lha . Hamka sebagai watak utama dalam susunan plOt cerita ni begitu sabar dan sangat tabah menjalani hidupnya . Selepas Bertunang dengan sayidah ( Shima Anuar ) anak kepada Abi dan umi , hamka telah melanjutkan pelajaran ke Yaman malangnya dia telah dilaporkan hilang dalam satu letupan . Kehilangan Hamka selama lebih satu tahun memberi gambaran bahawa dia memang telah terbunuh dalam kejadian tersebut .  
Sayyidatul Nafisah
Sayyidatul nafisah 
sayyidatul nafisah atau Sayyidah, watak yang dijayakan oleh Shima anuar ini begitu meruntun dan menyayat hati . Kehilangan tunangnya yg disyaki terbunuh di yaman menyebabkan dia menjadi seorang yang suka menyendiri dan menghabiskan 12 purnama dengan harapan hamka pulang . Di tasik inilah Sayyidah meluahkan perasaan , menyembahkan esak tangisnya hanya pada Rabb . Betapa tingginya Cinta Sayyidah kepada Hamka tanpa lupa untuk Bersyukur Cinta yang dianugerahkan ilahi .

::  banyak konflik yang melanda diri sayyidah apabila tiba tiba Fakaruddin Attar muncul dalam istikharahnya . 
Dan tak disedari rupanya Hilma sanggup mengundur dirinya " kerana cintakan saudara , sahabat menafkahkan jiwa " . 

siapa Fakaruddin Attar? Siapa pula Hilma Aqila ? 
Untuk ketahui pengakhirannya , yuk ! pegi tgok Movie nim ~
Citer ni wajib ditonton oleh semua kaum adam mahupun hawa yang ingin bercinta , mencintai dan dicintai . dan dalam waktu yang sama tidak membelakangi Ilahi <3
Sapa2 yang belum pegi tengok , jum2 ! best giler ~

No comments:

Post a Comment