Tuesday, 10 July 2012

aku cuma seorang....kawan

ye . aku cuma seorang kawan . malah aku belum layak mendapat gelaran seorang teman apatah lagi darjat seorang sahabat . aku cuma manusia biasa yang tak lepas dari kekurangan . sikap yang banyak menyakiti hati org lain . aku bukan kawan yang baik . aku tahu . aku tak mungkin mampu menjadi orang lain . hanya ini sahaja kelebihan yang mampu aku tonjolkan . sebanyak ini kekurangan yang bisa aku tampilkan . aku bukan ingin lari dari masalah , tapi aku masih perlu waktu tuk kmbali meletakkan emosi dan pemikiran pada takat biasa .
first of all .. terima kasih kerana selama ini telah menjadi teman terbaik kala aku memerlukan .. terima kasih kerana menjadi peneman ku kala aku tidak mampu utk berdiri .. terima kasih .. terima kasih untuk segala kebahagiaan yang pernah engkau cipta dalam kehidupanku .. 

terima kasih kerana luahkan segalanya pada aku . terima kasih kerana berani nyatakannya . terima kasih . 

aku pohon maaf andai ini menjadikan kita semakin jauh . sesungguhnya aku tidak ingin semua ini berlaku tetapi aku mahu kau tahu yang kita punya satu sikap , satu perangai yang sama . yang kau buat , dan yang selalu aku buat dan sikap ini akan terus menjarakkan kita . biarlah ia terkunci untuk aku . 

.. bukan salah takdir yang telah menjadikan semua ini . ada sesuatu di sebalik semua ketetapan Tuhan . aku tahu . tapi mungkin aku belum mampu utk berhadapan dengan kau setelah apa yg terjadi .. aku tahu kita tak sama , aku tahu kita sama sama punya banyak kekurangan utk diperbaiki . 

aku minta maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki . aku tahu , bukan itu sahaja , malah mungkin byk lagi hal hal lain yang kau simpan dan terus pendam dalam hati an? sebab kau anggap benda tu kecik je . kau biarkan dan hari tu mungkin dh terlalu byk kau simpan smpai dh xmmpu lagi utk bertahan . 

aku tak pernah salahkan kau . meski selepas ini hubungan kita takkan kembali mcm dulu .. semesra , sebahagia , segembira apa yang pernah kita alami bersama . kau adalah sahabat terindah yg Allah kurniakan dalam hidup aku .

meski sesingkat ini kebahagiaan persahabatan yang mampu kita cipta . cukuplah . mungkin setakat ini rezeki yang ada buat kita . 

Halalkan ilmu yang pernah kau kongsikan dulu ~
Terima kasih utk segalanya . 


“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” 

Assalamualaikum w.b.t ~





No comments:

Post a Comment